Friday, 28 January 2022

Mengucapkan Selamat Tahun Baru (Dalam Bahasa Cina)

 

Ucapan selamat tahun baru akan menjadikan hubungan anda semakin erat dengan masyarakat Cina di Malaysia.

Sebaik-baik ucapan adalah dalam Bahasa Cina kerana ini akan menjadikan kenalan anda yang berbangsa Cina merasa lebih dihargai memandangkan anda berusaha untuk memahami bahasa dan kebudayaan mereka.

Salah satu ucapan yang boleh diberikan adalah Xin nian kuai le (bunyi seperti zheen neean kwai luh). Maksudnya ialah Selamat Tahun Baru.

Satu ucapan lagi adalah Gong xi fa cai (bunyi seperti gong zhee fah chai). Maksudnya ialah Semoga Beroleh Kemakmuran dan Kekayaan.


Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment