Friday 13 September 2019

Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan dan PSS


Program: Majlis Perasmian Penutup Bulan Kemerdekaan dan Pusat Sumber

Tempat: SMK Bagan Terap
Tarikh: 13 September 2019
Masa: 7.30 pagi






Aktiviti: Robotik Mini MakeX


Pertandingan: Robotik Mini MakeX

Peringkat: Negeri
Tarikh: 13 September 2019
Tempat: SK Parit 6, Sabak Bernam, Selangor

Pencapaian: Naib Johan


Thursday 12 September 2019

Jamuan Akhir Tahun PSS


Program: Jamuan Akhir Tahun Pusat Sumber

Tempat: Pusat Sumber SMK Bagan Terap
Tarikh: 12 September 2019
Masa: 3.00 petang





Friday 30 August 2019

Aktiviti: Karnival STEM Dan Teknologi Hijau

Pertandingan: Karnival STEM Dan Teknologi Hijau

Peringkat: Daerah
Tarikh: 22 Ogos 2019
Tempat: SAMT SSAAS dan SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor

Pencapaian:

Johan - Inovasi STEM


Johan - Roket Air



Naib Johan - Reka Bentuk Bandar Teknologi Hijau



Naib Johan - Solar Vehicle Challenge



Tempat Ketiga - Inovasi Teknologi Hijau



Tuesday 20 August 2019

Aktiviti: Festival Nasyid Asrama


Pertandingan: Festival Nasyid Asrama

Peringkat: Negeri
Tarikh: 8 Ogos 2019
Tempat: SMK Damansara Utama, Petaling Utama, Selangor

Pencapaian: Penyertaan

Thursday 15 August 2019

Aktiviti: Inovasi FRIM


Pertandingan: Inovasi Piala Ketua Pengarah FRIM

Peringkat: Negeri
Tarikh: 7 Ogos 2019
Tempat: Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Pencapaian: Naib Johan


Friday 2 August 2019

Aktiviti: Drama Bahasa Inggeris


Pertandingan: Drama Bahasa Inggeris

Peringkat: Daerah
Tarikh: 31 Julai 2019
Tempat: SMK Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor

Pencapaian: Tempat Ketiga

Tuesday 16 July 2019

Drop Everything And Read (DEAR)

Program Drop Everything And Read (READ) ini dilaksanakan oleh Cik Faeizah Ayuni pada setiap pagi hari Khamis.

Murid-murid akan membaca buku selama 10 minit di dataran perhimpunan sebelum mereka masuk ke kelas masing-masing.





Monday 15 July 2019

Aktiviti: Poetry Recitation


Pertandingan: Poetry Recitation

Peringkat: Daerah
Tarikh: 8 Julai 2019
Tempat: SMK Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor

Pencapaian: Tempat Keenam

Monday 8 July 2019

Kem Tokoh NILAM Daerah


Program: Kem Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Sabak Bernam
Tarikh: 4 Julai 2019
Hari: Khamis
Tempat: Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Sabak Bernam

Peserta: Daim bin Abd Mayas (mewakili SMK Bagan Terap)



Wednesday 3 July 2019

Aktiviti: Puisi Syair dan Sajak Daerah


Pertandingan: Puisi Syair dan Sajak

Peringkat: Daerah
Tarikh: 26 Jun 2019
Tempat: SMK Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor

Pencapaian: Tempat Ketiga

Wednesday 26 June 2019

Aktiviti: Forum Remaja


Pertandingan: Forum Remaja

Peringkat: Daerah
Tarikh: 19 Jun 2019
Tempat: SMK Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor

Pencapaian: Tempat Ketiga

Tuesday 25 June 2019

Aktiviti Kokurikulum Akademik



Unit Kokurikulum SMK Bagan Terap dengan usahasama Pusat Sumber Sekolah bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti pertandingan kokurikulum akademik (koakademik) seperti:

1. Bahasa Melayu - Forum Remaja, Puisi, Syair, Sahibba, Pidato, Bahas Ala Parlimen

2. Bahasa Inggeris - Choral Speaking, Scrabble, English Drama, Poetry Recitation, Public Speaking

3. Sains - Inovasi STEM, Inovasi Teknologi Hijau, Solar Vehicle, Roket Air, Reka Bentuk Bandar Teknologi Hijau, Robotik

4. Pendidikan Islam - Tilawah Al-Quran, Hafazan, Syarahan Agama

5. Asrama - Nasyid

Maklumat berkenaan penyertaan dan pencapaian SMK Bagan Terap dalam pertandingan-pertandingan tersebut dikongsikan dalam laman web PSS ini.


Tuesday 4 June 2019

Aktiviti: Ulasan Buku



Cikgu Ezrul Helmi membuat ulasan buku berjudul 'Kanak-kanak Muslim Yang Soleh' sempena aktiviti tazkirah Ramadhan di dataran perhimpunan



Monday 20 May 2019

Program NILAM



Secara jujurnya, program galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah telah pun dilaksanakan semenjak tahun 1999 lagi. Ia adalah usaha murni Kementerian Pelajaran Malaysia ketika itu.

Program yang dimaksudkan adalah program NILAM. NILAM membawa maksud ‘ Nadi Ilmu Amalan Membaca ‘. Ia mencakupi semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah yang melibatkan penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun yang diakhiri dengan pengiktirafan yang bersesuaian. Program ini telah mula dilaksanakan  dengan rasminya pada tahun 1999 bagi murid tahun satu di sekolah rendah dan tingkatan satu atau peralihan di sekolah menengah, iaitu melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil 13/1998 : Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Matlamat dan objektif NILAM adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka agar terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.  Pelaksanaan program NILAM ini memerlukan penglibatan secara menyeluruh daripada warga sekolah sama ada murid-murid mahupun guru-guru.

Terdapat tiga komponen dalam program NILAM iaitu membaca dan merekod bahan bacaan, mengesahkan rekod dan mengumpul data serta memberi pengiktirafan dan ganjaran.  Komponen membaca dan merekod bahan bacaan adalah melibatkan murid sementara komponen  mengesahkan rekod dan mengumpul data serta memberi pengiktirafan dan ganjaran adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab guru.

Semua sekolah perlu memberi pengiktirafan dan ganjaran kepada murid yang telah banyak membaca dan berusaha mengisi rekod bacaan mereka mengikut sistem ganjaran dan pengiktirafan NILAM. Terdapat dua tahap pengiktirafan iaitu tahap JAUHARI dan RAKAN PEMBACA. Tahap pertama yang dikenali sebagai JAUHARI adalah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat yang mana ia menggalakkan murid menambah bilangan bacaan mereka sama ada di sekolah rendah atau menengah. Mereka akan mendapat pengiktirafan gangsa, perak, emas atau NILAM berdasarkan jumlah bacaan.

Manakala tahap RAKAN PEMBACA (RP) pula mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buah buku murid layak memasuki tahap RP. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya membaca. Sebagai contoh, aktiviti bercerita , bicara buku dan ulasan buku. Aktiviti-aktiviti seperti ini akan menyumbang markah kepada murid yang berada pada tahap RAKAN PEMBACA. Tahap ini juga akan memberi pengiktirafan gangsa, perak, emas atau NILAM.

Program NILAM yang ditambahbaik ini mula dijalankan secara sepenuhnya mulai sesi persekolahan tahun 2018. Ia merupakan kesinambungan kepada program NILAM sebelum ini. Walau bagaimanapun, NILAM yang ditambahbaik ini lebih mementingkan kualiti pembacaan berbanding kualiti bahan yang dibaca. Ia merupakan gabungan aktiviti pembacaan (kuantiti dan kualiti bahan) dan juga aktiviti-aktiviti pengayaan selepas pembacaan (peningkatan pengetahuan dan kemahiran selepas pembacaan) yang mana ia berfokuskan kepada aspek kualiti selepas pembacaan.

Objektif NILAM yang ditambahbaik adalah untuk melestarikan budaya pembacaan yang berkualiti sepanjang hayat dalam kalangan murid-murid, menyediakan murid-murid yang dapat menjawab soalan yang menguji keupayaan menaakul, membuat refleksi dan menilai melalui aktiviti pengayaan. Secara umumnya, ia menggalakkan penglibatan semua warga sekolah/ masyarakat/ komuniti setempat/ pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan  dalam pelaksanaan program serta pembinaan tabiat membaca dalam kalangan murid-murid.

Sunday 19 May 2019

Jawatankuasa Pusat Sumber Tahun 2019

JAWATANKUASA
PUSAT SUMBER SMK BAGAN TERAP

Pengerusi:
Tn. Hj. Yusaini bin Salleh (Pengetua)

Naib Pengerusi:
Pn. Sudarmi binti Misman (PK Kurikulum)
En. Sharan bin Sidek (PK HEM)
Tn. Hj. Misnan bin Kasan (PK Kokurikulum)

Setiausaha:
Pn. Norazyanti binti Tepap (Guru Perpustakaan & Media)

AJK Induk:
Tn. Hj. Md Nazri bin Ismail (GKMP Bahasa)
Pn. Nor Anitah binti Kadri (GKMP Sains & Matematik)
Tn. Hj. Muhamad Azmi bin Mohd Yusof (GKMP Teknik & Vokasional)
GKMP Kemanusiaan
Ketua Panitia
Guru Bimbingan & Kaunseling
Wakil PIBG

AJK Pelaksana:
Pn. Shaokat Jahan binti Mumtaz Ahmad (Guru Program NILAM)
Pn. Norhezrina binti Muhammat Hamzan (Guru Perpustakaan)
Pn. Norsyakilah binti Mohamed Nayan (Guru BBM)
Cik Faeizah Ayuni binti Jamil (Guru Pusat Akses)
Pn. Halimatus Sa'diah binti Mohd Imam Asmawi (Guru Pengawas PSS)
Pn. Siti Salwah binti Hussin (Guru NILAM PPKI)
Cik Hazlini binti Che Ali (Guru Penyelaras Bestari)
Pn. Zuraidah binti Ahmad (Fotografi/Dokumentasi)
Pn. Lizawati binti Jaini (Keceriaan/Grafik)
En. Ezrul Helmi bin Muhamad Razali (Rakan Pembaca)

Friday 10 May 2019

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap terletak di kawasan seluas 7.5 ekar. Ia terletak berhampiran Pekan Bagan Terap. Mukim Sungai Panjang dan dalam daerah Sabak Bernam. Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mula digunakan pada Januari 1977. Jumlah pelajar pada ketika itu seramai 157 orang dalam tingkatan satu. Gurunya pula seramai 7 orang dan pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Jamil bin Kudu sementara guru penolong kanannya ialah Encik Hamzah bin Hussein. Perasmian penubuhan sekolah ialah pada April 1978 oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Yang Berhormat Dato' Musa Hitam.

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mengandungi 2 blok bangunan yang mengandungi kelas dan pejabat, 2 unit rumah guru dan sebuah kantin. Pada pertengahan tahun 1981, 2 blok bangunan baru dibina dan juga memulakan pengambilan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 Aliran Sastera. awal tahun 1994, 2 blok bangunan asrama harian, 1 blok bangunan 4 tingkat dan 1 blok bengkel Kemahiran Hidup mula dibina untuk menampung kekurangan bilik darjah serta bilik guru dan digunakan pada tahun 2000. sekali lagi pada tahun 2008, telah dibina 1 blok 4 tingkat dan beroperasi pada Julai 2009. pada awal tahun 2010, sebuah lagi blok ditambah yang mengandungi dua bilik untuk kegunaan Pendidikan Khas dan pertengahan Jun 2010, pembesaran surau mula dijalankan.

Pada tahun 2007, SMK Bagan Terap telah dibenarkan membuka 2 kelas untuk Tingkatan 6. dan seramai 5 orang pelajar sulung SMK Bagan Terap lepasan STPM 2008 telah melanjutkan pengajian di Universiti awam. Pada awal tahun 2012, secara rasminya telah dibuka bilik kuliah yang dapat memuatkan 40 pelajar dan dirasmikan oleh Dr Mohammad Khir Toyo.

Monday 6 May 2019

Pengenalan



Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap atau nama ringkasnya SMK Bagan Terap, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Besar, Pekan Bagan Terap.

Alamat:

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap
Jalan Besar, Pekan Bagan Terap
45300 Sungai Besar
Selangor

Telefon: +6 0332161643
Faks:     +6 0332161643

Thursday 2 May 2019

Selamat Datang



Selamat datang ke laman web Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap.

Segala maklumat yang berkaitan dengan PSS SMK Bagan Terap akan dikongsikan di sini.