Saturday 29 August 2020

Aktiviti: Poetry Recitation (Negeri)

Pertandingan: Poetry Recitation

Peringkat: Negeri
Tarikh: 28 Ogos 2020
Tempat: Pusat Akses (Atas Talian)

Pencapaian: Penyertaan



Wednesday 26 August 2020

Kuiz Merdeka (Untuk Guru)

1. Perjanjian kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan ___________ setiausaha negara _________________ bagi pihak _____________________.

2. Kongres Melayu pertama diadakan pada _____________________.

3. Tanah Melayu diisytihar darurat pada 1948 akibat ____________________________.

4. Apakah tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2014: ______________________.

5. Apakah tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 1985: ______________________.

6. Gambar di atas ialah logo sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ____________________.

7. Gambar di atas ialah logo sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ____________________.

8. Jepun menyemai semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk Tanah Melayu supaya membenci British melalui cerapan ideologi ______________________.

9. Tunku Abdul Rahman menandatangani perjanjian kemerdekaan di London pada ____________________.

10. Hari Malaysia menandakan penyertaan bersama _______________________________ bagi membentuk Malaysia.

11. Cipta satu slogan sambutan kemerdekaan bagi tahun 2020 (tidak melebihi 6 patah perkataan):

_______________________________________________________________________




Monday 17 August 2020

Tema Kemerdekaan

 



Pameran Kemerdekaan PSS




Hari Malaysia

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963, namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memperuntukkan masa membawa pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Walaupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Sejarah Kemerdekaan







Saat laungan "Merdeka!" oleh Tunku Abdul Rahman



Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani di antara YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bagi pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Mr. Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Tanah Jajahan British bagi pihak Kerajaan British


Tunku Abdul Rahman menandatangani Perjanjian Kemerdekaan di London pada 8 Februari 1956. Di sebelahnya ialah Alan Lennox-Boyd, Setiausaha Negara Jajahan


Friday 14 August 2020

Aktiviti: Video Pendek Speakout

Pertandingan: Video Pendek Speakout HePiLI

Peringkat: Kebangsaan
Tarikh: 24 Julai 2020
Tempat: Atas Talian

Pencapaian: Naib Johan








Monday 3 August 2020

Aktiviti: Poetry Recitation

Pertandingan: Poetry Recitation Sabak Bernam 2020

Peringkat: Daerah
Tarikh: 20 Julai 2020
Tempat: Atas Talian

Pencapaian: Naib Johan