Sunday 15 November 2020

Keputusan Anugerah NILAM Daerah Sabak Bernam Tahun 2020


Tahniah kepada peserta SMK Bagan Terap, Haikal Azizi bin Jamil atas kejayaan mendapat Tempat Ketiga dalam Anugerah NILAM Daerah Sabak Bernam (Kategori Bahasa Melayu) bagi tahun 2020.


Syabas kepada guru pembimbing, guru Pusat Sumber, guru Unit NILAM serta semua pihak yang sama-sama terlibat dalam menghasilkan kejayaan ini.

Sunday 8 November 2020

Pertandingan Baca & Key-In Sistem E-NILAM Bulan November 2020

Sempena PKPB dan PdPR ini, semua pelajar SMK Bagan Terap boleh mengisi masa lapang dengan membaca dan merekodkan bacaan anda dalam sistem e-NILAM.

Link sistem e-NILAM: KLIK DI SINI


Rekodkan bahan bacaan anda bermula 1 - 30 November 2020 dan menangi hadiah yang ditawarkan oleh PSS.

Hadiah akan diberikan kepada pelajar yang mengisi / merekod bahan bacaan terbanyak mengikut tingkatan termasuk PPKI.

3 pemenang akan dipilih untuk setiap tingkatan.

Hadiah:
Pertama - Topup RM 15
Kedua - Topup RM 10
Ketiga - Topup RM 5



Pelajar juga digalakkan untuk membaca bahan bacaan digital @ e-Book yang disediakan oleh PSS.


Link e-Book: KLIK DI SINI

Pilih mana-mana e-Book untuk dibaca dan klik!
Sama seperti buku fizikal, hanya selak guna jari anda...

Mohon kerjasama semua pelajar untuk mengisi data NILAM dalam sistem e-NILAM sekurang-kurangnya 5 bahan bacaan kerana data NILAM sekolah akan dihantar ke PPD pada 10 Disember 2020.

SELAMAT MEMBACA!


Friday 6 November 2020

Aktiviti: SEDA SEED Hydro Quiz

Pertandingan: SEDA SEED Hydro Quiz

Peringkat: Negeri
Tarikh: 31 Oktober 2020
Tempat: Atas Talian

Pencapaian: Penyertaan


Calon Anugerah Tokoh NILAM Daerah (Kategori Bahasa Inggeris)

Nama: Siti Aisyah binti Saiful Johari

Kelas: 4 Al Razi

Peserta ini akan mewakili SMK Bagan Terap dalam Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Sabak Bernam (Kategori Bahasa Inggeris).

Sama-samalah kita doakan kejayaannya nanti! 






Wednesday 4 November 2020

Calon Anugerah Tokoh NILAM Daerah (Kategori Bahasa Melayu)

Nama: Haikal Azizi bin Jamil

Kelas: 4 Ibnu Rusyd

Peserta ini akan mewakili SMK Bagan Terap dalam Pemilihan Tokoh NILAM Daerah Sabak Bernam (Kategori Bahasa Melayu).

Sama-samalah kita doakan kejayaannya nanti! 






Monday 2 November 2020

Aktiviti: Drone Edu Challenge IR 4.0

Pertandingan: Drone Edu Challenge IR 4.0

Peringkat: Kebangsaan
Tarikh: 29 Ogos 2020 - 10 Oktober 2020
Tempat: Pusat Akses (Atas Talian)

Pencapaian: Hero Badge


Keputusan Pertandingan Baca & Key-In Sistem e-NILAM Bulan Oktober 2020


Keputusan Pertandingan Baca & Key-In Sistem e-NILAM untuk bulan Oktober tahun 2020:

1. Aliya Sofea binti Abd Aziz (1 KAA) - 867 bahan bacaan

2. Ain Sofea binti Abd Aziz (5 RZ) - 617 bahan bacaan

3. Nur Farhani binti Azmi (1 KAA) - 507 bahan bacaan

4. Farah Asyikin binti Norazmi (1 KAA) - 147 bahan bacaan

5. Alya Irdina binti Azman (1 KAA) - 42 bahan bacaan


Tahniah kepada semua pemenang!!!

Hadiah akan disampaikan apabila sekolah dibuka semula nanti.

Sunday 1 November 2020

E-Learning Di PSS

Pusat Sumber merupakan salah satu tempat yang disediakan untuk para guru melaksanakan E-Learning

Perbincangan tentang bahan PdPc E-Learning dan PBD

Pembelajaran secara 'video conference'