Monday 31 January 2022

Quiz Time! Soalan Kuiz Kategori Pelajar

 


Para pelajar boleh mula menjawab soalan kuiz setelah selesai meneroka maklumat alam maya di dalam blog ini berkaitan perayaan Tahun Baru Cina.

Klik link dibawah, anda akan dibawa ke satu platform khas untuk menjawab kuiz! semoga berjaya...





Jom Jawab Kuiz! Link Kuiz Kategori Guru

 


Klik pautan di bawah, anda akan dibawa ke Soalan Kuiz di Google Form. Semoga berjaya!!

>>> KUIZ GURU SEMPENA TAHUN BARU CINA (google.com) 



Sunday 30 January 2022

Iklan Tajaan CNY 2022

 1. RHB Group


2. Etiqa Malaysia


3. Tenaga Nasional Berhad (TNB)


4. Mr. DIY


5. Taylor's University




6. Digi Telecomunications


Setiap video yang dihasilkan membawa banyak nilai murni dan pengajaran yang boleh diambil.


SELAMAT TAHUN BARU CINA 2022.







SOP Sambutan Tahun Baru Cina 2022

 


Makluman kepada keluarga Malaysia berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sambutan Thaun Baru Cina 2022.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA 2022

 Sumber: FB KPN



10 Adat Dan Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina

 


Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 1 Februari ini, akan dikongsikan di sini beberapa jenis pantang larang atau adat resam ketika sambutan Tahun Baru Cina yang diamalkan di Malaysia.

#1. Memberi angpow dalam jumlah genap. Ini membawa maksud lebih sempurna.


#2. Elakkan pakai pakaian hitam atau putih. Ini kerana warna berkabung. Tema kebiasaannya berwarna merah kerana ia membawa tuah.

#3. Dilarang makan bubur. Sarapan dengan bubur dipercaya boleh menjadikan seseorang itu miskin.

#4. Tidak boleh menyapu. ia dipercayai akan menghalau tuah atau untung. Kaum cina akan membersihkan rumah sebelum masuk tahun baru.

#5. Jangn pinjam duit. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hutang harus dilangsaikan sebelum malam Tahun Baru Cina supaya si penghutang tidak akan terbeban dengan hutang sepanjang tahun.

#6. Tidur lambat. Mengikut adat tradisional masyarakat Cina, semua penghuni rumah wajib tidur lambat bagi menyambut kedatangan Tahun Baru. Ia juga dipercayai dapat memanjangkan usia.

#7. Isteri tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga. Mengikut adat dan kepercayaan kaum Cina, isteri tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga pada tahun pertama perkahwinan kerana ia dianggap hubungan tersebut mempunyai masalah.

#8. Jangan cuci atau potong rambut. Dalam bahasa Cina, 'kepala' dikaitkan dengan 'permulaan'. Mereka percaya dengan tidak mencuci atau menggunting rambut pada dua hari pertama raya Cina akan membawa tuah.

#9. Tidak boleh basuh baju. ia dianggap permulaan yang tidak baik.

#10. Jangan beri hadiah kasut. Pantang larang ini berkait rapat dengan bahasa. Kasut dalam bahasa Cina berbunyi "kejahatan" atau xie.




disunting dari: ManisMadu




10 Fakta Tentang Tahun Baru Cina

 


Bila tiba musim Tahun Baru Cina anda melihat beberapa perkara yang sinonim dengan perayaan ini dan berikut merupakan 10 fakta tentang Tahun Baru Cina.

1. Sambutan Tahun Baru Cina adalah mengikut kalendar Qamari Cina.

2. Kalendar Qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.

3. Tahun baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Yee Sang simbol Kesejahteraan

4. Mereka akan berkumpul dan makan besar bersama bermula dengan juadah Yee Sang dan Kuih Bakul.

5. Malam sebelum bermula tahun baru, mereka akan membakar mercun ditengah malam sebagai simbolik bermula tahun baru dan menghalau puaka dan nasib malang.

6. Rumah akan dicuci, hutang-piutang akan diselesaikan agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun baru.

7. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbolik murah rezeki.

8. Makanan tradisi sempena Tahun Baru Cina adalah daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut dan limau mandarin.

9. Golongan muda yang masih belum berkahwin sahaja akan menerima angpow bagi melambangkan nasib baik.

10. Perayaan Tahun Baru Cina akan berakhir dengan perayaan Chap Goh Mei selepas 15 hari.


disunting dari: Oh Media

Friday 28 January 2022

Mengucapkan Selamat Tahun Baru (Dalam Bahasa Cina)

 

Ucapan selamat tahun baru akan menjadikan hubungan anda semakin erat dengan masyarakat Cina di Malaysia.

Sebaik-baik ucapan adalah dalam Bahasa Cina kerana ini akan menjadikan kenalan anda yang berbangsa Cina merasa lebih dihargai memandangkan anda berusaha untuk memahami bahasa dan kebudayaan mereka.

Salah satu ucapan yang boleh diberikan adalah Xin nian kuai le (bunyi seperti zheen neean kwai luh). Maksudnya ialah Selamat Tahun Baru.

Satu ucapan lagi adalah Gong xi fa cai (bunyi seperti gong zhee fah chai). Maksudnya ialah Semoga Beroleh Kemakmuran dan Kekayaan.


Selamat mencuba!



Thursday 27 January 2022

Meraikan Tahun Baru Cina

Aktiviti semasa Tahun Baru Cina:

- Perarakan bersama mercun

- Pameran bunga api

- Perarakan membawa lampu-lampu di jalan-jalan

- Persembahan Tarian Tradisi

- Persembahan Tarian Naga

- Persembahan Tarian Singa

- Pertukaran hadiah kecil dan token cinta

- Pemberian wang dalam sampul merah atau hong bao


Mercun Tahun Baru Cina


Bunga Api Tahun Baru Cina


Tarian Tradisi


Tarian Naga


Tarian Singa


Wang dalam sampul merah atau hong bao



Wednesday 26 January 2022

Persiapan Tahun Baru Cina

 

Keluarga yang meraikan perayaan ini akan memulakan persiapan seminggu lebih awal. Persediaan untuk perayaan ini bermula di rumah.

Antara persediaan yang dilakukan adalah:

- Pembersihan rumah yang teliti.

- Penyingkiran barangan yang rosak atau 'malang' dan juga hiasan baru seperti bunga dan kaligrafi segar.

- Tumbuhan dipangkas atau diganti.

- Pemotongan rambut dan kuku sebelum festival bermula. Apa-apa pemotongan semasa Tahun Baru Cina dilihat sebagai malang.

- Pembelian pakaian baru, terutamanya yang berwarna merah kerana ini adalah 'warna yang membawa keuntungan'.

- Pembelian makanan ringan, makanan tradisional dan gula-gula untuk para tetamu yang akan melawat.



Tuesday 25 January 2022

Tarikh Tahun Baru Cina

Tarikh ini berubah setiap tahun kerana ia berdasarkan kalendar lunisolar.

Jangkaan tarikh perayaan ini adalah sekitar akhir bulan Januari atau awal bulan Februari.

Setiap tahun baru adalah bertepatan dengan salah satu tahun haiwan dalam zodiak Cina.



Tahun tanda haiwan anda dianggap sebagai masa untuk berhati-hati kerana takut menjejaskan tuhan umur dalam mitologi Cina.

Sekali dalam salah satu 12 tahun, anda perlu melangkah ringan - dan memakai pakaian berwarna merah atau jed!

Tahun Baru Cina diraikan selama 15 hari berturut-turut selari dengan Festival Lantern (Festival Tanglong).

Dua atau tiga hari pertama perayaan ini biasanya diisytiharkan sebagai cuti umum.


Tarikh Tahun Baru Cina

Tahun 2016 (Tahun Monyet) - 8 Februari

Tahun 2017 (Tahun Ayam) - 28 Januari

Tahun 2018 (Tahun Anjing) - 16 Februari

Tahun 2019 (Tahun Babi) - 5 Februari

Tahun 2020 (Tahun Tikus) - 25 Januari

Tahun 2021 (Tahun Lembu) - 12 Februari

Tahun 2022 (Tahun Harimau) - 1 Februari


Monday 24 January 2022

Apakah Tahun Baru Cina?

 

Tahun Baru Cina dikenali juga sebagai Tahun Imlek.

Perayaan ini menandakan permulaan musim bunga pada kalendar Cina setiap Januari atau Februari.

Tahun Baru Cina adalah lambang simbolik tahun-tahun yang lalu. Ia membawa kesihatan, nasib baik, kemakmuran dan kebahagiaan dalam tahun lunar baru.

Inilah masa untuk bersama keluarga, menikmati bunga api, melupakan permusuhan atau dendam, memberi hadiah, melawat tokong dan menikmati makanan yang baik.

Tahun Baru Cina berlangsung selama 15 hari berturut-turut dan dirayakan bukan sahaja di Asia, tetapi seluruh dunia!


Wednesday 5 January 2022

Selamat Tahun Baru 2022



Assalamualaikum semua.


Selamat menyambut tahun baru 2022!

Semoga Pusat Sumber Sekolah akan terus bertapak di hati anda sebagai pusat gedung ilmu bagi murid-murid, guru-guru dan semua warga SMK Bagan Terap.