Sunday 30 January 2022

10 Adat Dan Pantang Larang Ketika Tahun Baru Cina

 


Bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 1 Februari ini, akan dikongsikan di sini beberapa jenis pantang larang atau adat resam ketika sambutan Tahun Baru Cina yang diamalkan di Malaysia.

#1. Memberi angpow dalam jumlah genap. Ini membawa maksud lebih sempurna.


#2. Elakkan pakai pakaian hitam atau putih. Ini kerana warna berkabung. Tema kebiasaannya berwarna merah kerana ia membawa tuah.

#3. Dilarang makan bubur. Sarapan dengan bubur dipercaya boleh menjadikan seseorang itu miskin.

#4. Tidak boleh menyapu. ia dipercayai akan menghalau tuah atau untung. Kaum cina akan membersihkan rumah sebelum masuk tahun baru.

#5. Jangn pinjam duit. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hutang harus dilangsaikan sebelum malam Tahun Baru Cina supaya si penghutang tidak akan terbeban dengan hutang sepanjang tahun.

#6. Tidur lambat. Mengikut adat tradisional masyarakat Cina, semua penghuni rumah wajib tidur lambat bagi menyambut kedatangan Tahun Baru. Ia juga dipercayai dapat memanjangkan usia.

#7. Isteri tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga. Mengikut adat dan kepercayaan kaum Cina, isteri tidak dibenarkan pulang ke rumah keluarga pada tahun pertama perkahwinan kerana ia dianggap hubungan tersebut mempunyai masalah.

#8. Jangan cuci atau potong rambut. Dalam bahasa Cina, 'kepala' dikaitkan dengan 'permulaan'. Mereka percaya dengan tidak mencuci atau menggunting rambut pada dua hari pertama raya Cina akan membawa tuah.

#9. Tidak boleh basuh baju. ia dianggap permulaan yang tidak baik.

#10. Jangan beri hadiah kasut. Pantang larang ini berkait rapat dengan bahasa. Kasut dalam bahasa Cina berbunyi "kejahatan" atau xie.




disunting dari: ManisMadu




No comments:

Post a Comment