Bila tiba musim Tahun Baru Cina anda melihat beberapa perkara yang sinonim dengan perayaan ini dan berikut merupakan 10 fakta tentang Tahun Baru Cina.
1. Sambutan Tahun Baru Cina adalah mengikut kalendar Qamari Cina.
2. Kalendar Qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
3. Tahun baru Cina melambangkan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.
Yee Sang simbol Kesejahteraan
4. Mereka akan berkumpul dan makan besar bersama bermula dengan juadah Yee Sang dan Kuih Bakul.
5. Malam sebelum bermula tahun baru, mereka akan membakar mercun ditengah malam sebagai simbolik bermula tahun baru dan menghalau puaka dan nasib malang.
6. Rumah akan dicuci, hutang-piutang akan diselesaikan agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun baru.
7. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbolik murah rezeki.
8. Makanan tradisi sempena Tahun Baru Cina adalah daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut dan limau mandarin.
9. Golongan muda yang masih belum berkahwin sahaja akan menerima angpow bagi melambangkan nasib baik.
10. Perayaan Tahun Baru Cina akan berakhir dengan perayaan Chap Goh Mei selepas 15 hari.
disunting dari: Oh Media
No comments:
Post a Comment