Friday 10 May 2019

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap terletak di kawasan seluas 7.5 ekar. Ia terletak berhampiran Pekan Bagan Terap. Mukim Sungai Panjang dan dalam daerah Sabak Bernam. Sekolah ini dibina pada tahun 1976 dan mula digunakan pada Januari 1977. Jumlah pelajar pada ketika itu seramai 157 orang dalam tingkatan satu. Gurunya pula seramai 7 orang dan pengetua pertamanya ialah Tuan Haji Jamil bin Kudu sementara guru penolong kanannya ialah Encik Hamzah bin Hussein. Perasmian penubuhan sekolah ialah pada April 1978 oleh Menteri Pendidikan ketika itu, Yang Berhormat Dato' Musa Hitam.

Pada peringkat awal, sekolah ini hanya mengandungi 2 blok bangunan yang mengandungi kelas dan pejabat, 2 unit rumah guru dan sebuah kantin. Pada pertengahan tahun 1981, 2 blok bangunan baru dibina dan juga memulakan pengambilan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 Aliran Sastera. awal tahun 1994, 2 blok bangunan asrama harian, 1 blok bangunan 4 tingkat dan 1 blok bengkel Kemahiran Hidup mula dibina untuk menampung kekurangan bilik darjah serta bilik guru dan digunakan pada tahun 2000. sekali lagi pada tahun 2008, telah dibina 1 blok 4 tingkat dan beroperasi pada Julai 2009. pada awal tahun 2010, sebuah lagi blok ditambah yang mengandungi dua bilik untuk kegunaan Pendidikan Khas dan pertengahan Jun 2010, pembesaran surau mula dijalankan.

Pada tahun 2007, SMK Bagan Terap telah dibenarkan membuka 2 kelas untuk Tingkatan 6. dan seramai 5 orang pelajar sulung SMK Bagan Terap lepasan STPM 2008 telah melanjutkan pengajian di Universiti awam. Pada awal tahun 2012, secara rasminya telah dibuka bilik kuliah yang dapat memuatkan 40 pelajar dan dirasmikan oleh Dr Mohammad Khir Toyo.

No comments:

Post a Comment